Adapun mengenai solat yang akan kita bahas di siri ini ialah yang sebagaimana difirmankan Allah SWT yang bunyi-Nya :
… إِنَّ الصَّلاَةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ…(45)
“….Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar….” (Q.S. Al-Ankabuut : 45).
Pengertiannya :
Bahawa solat itu berfungsi bagi diri supaya mencegah kekejian dan kemungkaran. Jadi, terhadap yang melakukannya, tetapi hanya pandang enteng bila berlakunya kemungkaran, maka ertinya solat itu tidak sejalan dengan yang dimaksud oleh ayat tersebut di atas.
Bahawa lanjutan dari solat itu harus sedaya mungkin berusaha mencegah perbuatan yang bertentangan dengan hukum-hukum Allah. Ertinya, bagi setiap yang sudah melakukan solat dan sesuai dengan esensi yang dikandung dalam solat, maka dirinya akan terus bergerak melawan kemungkaran.
1 comment:
kepnetingan lain didalam solat juga perlu dijaga.. seperti khusyuk, pakaian yg sesuai untuk solat, tempat dan suasana juga perlu dititik beratkan..
Post a Comment