Friday, January 22

Impian kerja dari rumah atau dari mana saja (I)


Kerja dari rumah sememangnya membawa maksud bebas bekerja dengan pengawasan yang minima. Kerja dari mana sahaja atau kerja remote pula membawa maksud bebas menetapkan tempat dan masa bekerja mengikut citarasa anda. Jikalau diamati betul-betul, yang mana lebih memuaskan?

Sekiranya bekerja dari rumah maknanya kita akan terikat di satu tempat yakni rumah kita. Segala perkakas dirumah akan dipinjam pada kerjaya yang kita jalani. Malah masa anda juga terikat di rumah. Disamping itu adalah sukar untuk memisahkan segala bentuk gangguan yang mungkin menjejaskan kerjaya. Antara kerja dari rumah yang sememangnya dari dahulu orang sedia maklum adalah
  • Suri rumah
  • Pengasuh
  • Cikgu Tusyen
  • Guru Mengaji 
  • Tukang jahit
  • Tukang masak
Kalau bekerja dari mana sahaja beerti kita tidak terikat pada satu-satu tempat pada satu-satu masa. Jadi setiap hari kita bebas untuk melakukan kerja di mana sahaja yang kita inginkan. Tetapi halangan dan gangguan belum dikenal pasti kerana dinamiknya persekitaran kerja. Berikut adalah bentuk kerjaya yang boleh dilakukan dari mana sahaja
  • Tukang Kasut
  • Pelukis bebas
  • Web/Mobile Developer
  • Programmer
  • Graphic Designer
  • Penulis
  • Wakil Rakyat
  • Seniman
  • Peminta sedekah
dan lain-lain lagi (boleh ditambah kemudian)