Wednesday, July 15

Tawaran memburuh di StartUp

No comments:
StartUp bukanlah suatu platform yang baik untuk anda menimba pengalaman atau menyara kehidupan anda. Ia belum boleh layak dianggap sebagai majikan. Belum ada budayanya sendiri, aturannya, disiplin dan kitaran yang sempurna untuk seseorang itu mahu memprospekkan dirinya sebagai warga kerja yang sejahtera. Start up boleh diibaratkan sebagai suatu proses aktif persenyawaan antara idea-idea yang baru ditelurkan. Dalam erti kata lain, ia masih sangat sensitif dan rapuh. Seseorang yang ingin juga menceburkan dirinya haruslah berwaspada. Ianya tak lain adalah sekadar diupah untuk menyiapkan sesuatu komponen. Jadi usahlah terlalu ghairah dalam ekonomi negara yang merudum sekarang ini. 

Pengalamanku menceburi Start up

No comments:
Menceburi alam "memulakan" perniagaan baru sememangnya tak mudah. Ini memang lumrah. Semua pun tahu hal ini. Tetapi apabila kita mula melangkah ke alam ini, langkah ini harus dipuji. Siapapun mesti hormat apabila ada dalam kalangan kita yang menunjuk minat pada bidang ini. Bidang meniaga ini suatu sunnah yang mesti manusia tempuh. Ia adalah suatu perjalanan memperjuangkan keyakinan kita terhadap sesuatu. Bukan sebarang orang yang berani ambil semua risiko ketika meniaga. Sesiapa yang telah menceburkan diri, tak kira kecundang atau berjaya, barulah boleh dianggap sebagai "baligh". Ini kerana anda tahu sepak terajangnya yang banyak menyayatkan hati.

Kalau posisi diri anda adalah "founder", besar kemungkinan modal yang diperlukan anda adalah sahabat, yang sanggup mendukung buah fikiran anda. Dibanding modal yang lain seperti wang ringgit, ia bersikap sementara tetapi dukungan sahabat adalah modal yang tak tertanding kerana dia seolah mempunyai "iman" pada akal fikiran, tindak tanduk, visi, hala tuju dan yang paling penting, kejujuran anda pada diri sendiri. Makna sahabat disini tidak semestinya rakan sekolah yang sekepala dengan kita dulu tapi ia boleh jadi abang, kakak, adik, pakcik, mak, ayah, makcik dan sesiapa sahaja berada dalam lingkungan kita. 

Andai posisi anda selaku sahabat kepada "founder", saksikanlah hubungannya sesama tuhan dan manusia. Inilah modal sebagai bekal untuk anda terus bersama dengannya. Tugas anda jadi mudah apabila bermodalkannya. Anda akan menyandang jawatan "executive" tanpa perlu mempersoalkan tujuan setiap misi yang dijalankan. Tetapi tempoh dukungan anda harus sekitar dua tahun setengah sahaja. Selebihnya anda seharusnya menjangkakan "pendirian founder" mula mengorak langkahnya sendiri. Ditahap ini, pasti perniagaan yang dijalankan sudah mula tampak berhasil.

Sekiranya kedudukan anda sebagai tenaga penyumbang sahaja, maka modal yang paling penting adalah kewangannya. Contoh tanggungjawab anda adalah seperti Front end Developer, Programmer dan sebagainya. Anda tak lebih hanya sekadar memburuh di perusahaan itu. Itulah skop kerja dan majikan. Jangan diambil pusing segala janji dan harapan yang diberi. Semuanya tipu daya dunia belaka. Kekukuhan dan kestabilan pendanaannya adalah amat mustahak sekali. Perlu berhati-hati. 

Apapun, pada saya semuanya bergantung pada niat kita. Campur tangan tuhan tetap ada. Jika anda jujur pada sendiri pasti takkan mudah kecewa di alam ini. Insya Allah

Wednesday, July 8

Material Design Lite

No comments:
Setelah sekian lama menanti akhirnya muncul juga sebuah boilerplate yang bebas jQuery. Material Design Lite ini baru saja dikeluarkan oleh Team Google. Saya mendapat tahu pun dari salah seorang penggiat javascript terkemuka, Encik Addy Osmani yang menyiarkannya di halaman Facebook peribadinya. Komponen yang terdapat dalam pustaka ini tidaklah sebanyak Twitter Bootstrap tetapi ternyata banyak komponennya adalah yang paling kritikal digunakan ketika membangun sebuah aplikasi. 

Saya berkesempatan mengujinya bersama Laravel (Sekadar suka-suka :) ). Saya mula memuat turun menggunakan NPM dan mengurus fail-failnya menggunakan Laravel elixir, yakni Gulp. Mudah dan kemas. Alhasil, saya sempat membuat landing page menggunakan template yang dibekalkan dan sedikit sahaja kerja-kerja pengubahsuaian perlu dilakukan. Harap anda semua boleh berkongsi pengalaman kalau kira ada menggunakan boilerplate ini ya.