Tentu lain halnya seseorang yang telah berjanji ketika menunaikan solatnya, sedang dalam hal itu bersetuju berlakunya hukum-hukum Jahiliyah (thagut), atau rela bila hukum Islam dicampakkan dari dirinya, maka itu beerti melanggar janjinya sendiri juga bermakna solatnya itu hanya palsu belaka. Kita mesti ingat pesan Rasulullah SAW :
اَوَّلُ مَايُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الصَّلاَةُ فَاِنْ صَلَحَتْ صَلَحَ سَائِرُ عَمَلِهِ وَاِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ
“Yang paling utama dihisab (ditanya) seseorang hamba pada hari kiamat ialah mengenai solat. Apabila beres solatnya, beres segala amalnya. Dan jika rosak, maka rosak pula segala amalnya”. (H. R. Thabrany).
Yang akan diperiksa dari hal melakukan solat itu, tidak hanya perkara-perkara yang mengenai rukun-rukun atau wujudnya secara lahiriah sahaja. Sebab, bila hanya untuk itu, maka orang-orang munafik atau fasik pun dapat melakukannya. Tegasnya, bahwa yang akan diperiksa mengenai solatnya seseorang itu adalah mencakup pula akan isinya antara lain :
Sudahkah dengan solatnya itu dia mencegah kemungkaran dan kekejian sebagaimana yang disebutkan oleh ayat tadi di atas?.
Sungguhkah dia melakukan solat itu dengan sepenuh hati, sedia menjalankan seluruh Perintah Allah, sebagaimana perierti solat itu sendiri, atau hanya mengakui sebahagiannya saja ; sebahagiannya lagi dia pakai aturan sendiri?.
Dan adakah janji dalam solatnya itu merupakan janji yang boleh dipertanggungjawabkan atau sekadar hanya janji kosong? Atau memang sengaja dia telah berani merosak janjinya, kerana menganggap lekeh terhadap makna tujuan menyembah kepada Allah?.
No comments:
Post a Comment