Monday, October 21

Belajar BackboneJS I

Pustaka BackboneJS ini boleh juga diibaratkan seperti makanan yang berat umpama Nasi Arab yang lambat dihadam oleh perut. Jika mahu menikmatinya, harus dicuit sikit demi sedikit, dikunyah sebaik-baiknya supaya tercerna sempurna. Jika tidak alamatnya anda mungkin tercekik, atau menjadi sedu bahkan lebih teruk lagi keracunan makanan. Sama juga halnya dengan BackboneJS. Jika mau menguasainya, Ia perlu dipelajari sikit demi sedikit. Ada tatatertibnya. Jika tidak anda akan jemu (atau muntah balik) jika tidak sabar menguasainya. Ada sifat tertentu untuk kuasainya. Sebagai contoh anda memerlukan ketekunan untuk memahami setiap objeknya yang boleh diupaya kebolehannya (extend).




Di halaman rasmi BackboneJS tidak terdapat catatan bagaimana mahu memulakan sesebuah projek atau bahagian mana yang harus diberi perhatian dahulu. Sampel aplikasi yang dibekalkan juga tampak agak canggih bagi yang baru mahu mengenalinya. Disini akan dipersembahkan sebuah aplikasi contoh yang diharap dapat disesuaikan dengan (tekak hehhheh...gurau saja) pemahaman anda, yang menyajikan serba asas tentang keteraturan struktur kodnya (insya Allah).

Projek Zoo Backbone

Anda akan dapati penyediaan aplikasi dimulai dengan modelnya dahulu. Kemudian dituruti oleh collectionnya, view, event, history, dan diakhiri dengan router. Halaman rasminya juga mirip disusun begitu rupa, silakan semak. Jalan pengaturcaraan ini dapat memudahkan kefahaman anda tentang keteraturan kod-kod dan keutuhan infrastruktur BackboneJS dalam menyediakan aplikasi yang jauh lebih besar nanti. 

Silakan download fail zip atau fork projek ini disini. Lihat aplikasi ini berfungsi disini.


Aplikasi ini akan menyenaraikan segala jenis binatang yang ada dalam sebuah zoo dan untuk melihat perihal yang lebih terperinci anda boleh klik pada sidebar kiri untuk ketahui lebih lanjut mengenainya.


Apabila anda sudah buat pilihan binatang yang ingin diketahui, maklumat akan terpapar di sebelah kanan. Sila klik juga pada binatang yang lain dan anda akan perasan betapa cepatnya BackboneJS mendapatkan maklumat yang anda kehendaki. Sila perhati juga URL halaman ini yang berubah apabila anda klik pada binatang-binatang lain.

Kod




Hanya satu fail saja yang anda perlu beri lebih perhatian iaitu "main.js". Perhatikan dari baris pertama hingga terakhir. Saya telah mudahkan penyusunan kod yang bermula dari pembinaan Backbone.Model hingga Backbone.History.

Ada satu model, satu collection, ada tiga view, ada sebuah router dan ada sebuah penetapan Backbone.History.

 Diharap ia dapat membantu anda dalam memahami BackboneJS secara asas. Sebarang komen amat dialu-alukan. Majulah BackboneJS untuk negara.


Alhamdulillah

2 comments:

Hafiszan Kamarudin said...

aplikasi ini macam menarik je, cuba lepas ini jika ada masa.

Anonymous said...

sila2 jgn malu