Thursday, October 24

Terus semangat belajar Javascript


Mulanya dulu niat menggunakan Javascript (JS) adalah sekadar suka-suka. Nak tau saiz skrin pengunjung, nak halang klik-kanan, nak elakkan orang curi artikel, nak tolong orang buat mouse ada api-api, nak bagi jadi lagi best, (nak belagak ahhaa..) dan macam-macam lagi. Semua kegunaan / logiknya tiada yang memberi manfaat pada business logic (logik niaga). Tapi ramai orang menganggap penting dengan keupayaannya sebab ia seolah-olah "membuai" pengunjung website, seolah-olah mereka ada hubungan yang unik terhadap laman yang dikunjunginya. Mereka mahu website yang hidup yang dapat memberikan mereka merasai.

Interaktif. Itulah dia kepentingan JS.

Mutakhir ini, sejak mula mengenali BackboneJS, saya mula perasan kebanyakan logik niaga yang diatur acaranya di komputer pelayan hampir sama dengan apa yang ada pada komputer pengguna. Jadi berjam-jam perhatian saya (sekarang ini) banyak tertumpu pada
  1. proses pembelajaran, 
  2. cari komuniti, 
  3. teroka prosedur mengerah tugas (deployment),
  4. mempelajari apa yang patut ditanya,
  5. mengamati pustaka-pustaka JS untuk (membantu dari segi) 
    • MVC, 
    • pengurusan kebergantungan,
    • manipulasi DOM, 
    • uji, 
    • kerah tugas (deployment), 
    • dan utiliti-utiliti pada pelayar (kamera, kesan koordinat) untuk memperindahkan interaksi antara pengguna dan aplikasi 
Bahasa ini bukan seperti PHP yang lebih bersifat terus terang. Tetapi yang menyenangkan hati adalah hampir kebanyakan sintaksnya adalah sama ragam.

Memilih Pustaka JS

Baru-baru ini sebuah platform untuk blog telah dimaklumkan kemunculannya iaitu Ghost. Buat masa ini, platform ini memerlukan blogger menghoskan sendiri untuk kegunaan berblog. Pada kesempatan itu, saya melihat-lihat halaman Githubnya untuk tengok sendiri pustaka JS apa yang sedang digunakan. Saya percaya apa sahaja yang diguna pakai oleh platform itu adalah yang terbaik. Sebab ia adalah Sumber Terbuka dan didokong oleh komuniti pembina web yang sihat-sihat jiwa dan pemikirannya.

Dari situ saya belajar jimatkan masa dari menelaah segala macam pustaka JS yang ada di luar sana. Dan saya juga dapat belajar cara atur susunan fail dan menghayati alur aturcara / kerja yang terbagus dari pelbagai pelusuk dunia. Selain itu, yang paling dihargai, saya juga dapat belajar cara berfikir dan menaakul dari pembina-pembina web itu.

Kesimpulan

Yang paling terkesan di jiwa adalah untuk tetap terus semangat (istiqomah) dan jangan lemah, lesu atau menyerah kalah pada kerumitan keadaan. Kita lah yang mengatasi keadaan, bukan keadaan yang menguasai kita. Mesti tetap semangat dalam meneroka apa bidang. Alhamdulillah

2 comments:

Unknown said...

Huhuhu javascript ni bukan level aku. Tak reti tapi rasanya memang ada kepentingan dalam blogging

Rizkyzone.com said...

sama seperti mas adik, java scripting juga bukan level saya mas, masih jauh pengetahuan sya soalan java script