Thursday, October 31

Mengupas inti Surah Al Rahman (55)

Rahmatan lil-Alamin
Tetapi sepertimana biasalah, bila kita baca sepertimana ‘orang’ suruh kita baca, bukan sepertimana ALLAH suruh kita baca maka hasil bacaan itu kurang membuahkan hasil dalam kehidupan. Jadilah kita sekadar pengumpul harta yang dipanggil pahala, ibarat ibadah seorang saudagar jadinya. Bila kita tidak membaca DENGAN kehendak ALLAH maka pastinya Allah juga tidak redha dan nikmat redha tidak akan kita rasa.
Bagi memberkati bacaan lanjut, sama-sama kita cermati entri kali ini dengan lafaz
BISMILAHIR ROHMAN NIR ROHIM
  1. Yang Maha Pemurah,
  2. Yang telah mengajarkan al Quran.
  3. Dia menciptakan manusia.
  4. Mengajarkan penjelasannya (tabayyun / bainat / bukti)
Harap perkongsian ini bermanfaat untuk yang berkunjung ke sini, Sila baca lanjut di Rumah Warga Prihatin.

Wednesday, October 30

Hari ini aku akan lebih berani


Katakanlah...
Hari ini aku akan lebih berani.
Keberanianku akan membantuku melihat kesempatan-kesempatan baik yang ditolak oleh rasa takutku.
Keberanianku akan menunjukkan keindahan hidup ini, dan mentenagaiku untuk hidup sepenuhnya.
Keberanian adalah pilihan yang lebih baik bagiku, karena kehidupan seorang penakut selalu redup dan penuh ketakutan yang mengerdilkan.
Hari ini aku akan lebih berani. Mario Teguh

Monday, October 28

Tuhan Sumber Kebaikan dan Keselamatan


  1. Kekuatan kebaikan itu adalah dari Tuhan. 
  2. Tuhan MEMILIH hambaNya atau sekelompok hambaNya untuk melaksanakan kebaikan Tuhan. 
  3. Kekuasaan manusia apapun atau siapapun yang berusaha mengusik hambaNya yang selalu melaksanakan kebaikan dari Tuhannya bererti telah memposisikan diri melawan kekuasaan Tuhan. 
  4. Siapa pun dan apapun kekuatan yang berusaha menghalangi kehendak Tuhan akan jumpa apa yang disebut KUWALAT berbentuk AZAB. 
  5. Untuk mengetahui apakah manusia/sebuah kekuasaan berseberangan dengan kehendak Tuhan dapat pula di ukur dari azab apa yang ditimpakan Tuhan kepada manusia tersebut akibat dari ia menzalimi petugas2 Tuhan yang tulus memperjuangkan kebaikan. 
  6. Itulah yang membezakan azab dan musibah, iaitu terletak pada pembelaan pada kebaikan atau kepada keburukan 
  7. Mari kita menjadi petugas2 Tuhan tak henti yang memperjuangkan kebaikan 
  8. Harap Tuhan bersama kita.... amin....

Mari Kita Berani

Kerana kita adalah orang yang selalu berusaha berfikir BENAR, tak henti berbuat keBAJIKan dan selalu berprinsip BIJAK. Bermodalkan BENAR, keBAJIKan dan BIJAK, mari kita
BERANI berpendapat,
BERANI berfikir,
BERANI mengkaji,
BERANI mengkritik,
BERANI berkreasi,
BERANI beinovasi,
BERANI mengevaluasi,
BERANI berbuat dan membela BENAR,
BERANI berbuat dan membela keBAJIKan dan
BERANI berbuat dan membela BIJAK.
BERANI berdemokrasi dengan cara ADIL


Mari kita BERANI !!!!!!

Saturday, October 26

IKHTIAR

ikhtiar dalam bahasa arab ertinya memilih KEMUNGKINAN TERBAIK. Jika asyik memilih saja itu bukan dikatakan IKHTIAR namanya

Friday, October 25

Jom Install NodeJS dekat Windows


Niat asal nak cari cara pasang Ghost, tapi jumpa cara mudah pasang NodeJS pula untuk Windows. Nice...

Thursday, October 24

Terus semangat belajar Javascript


Mulanya dulu niat menggunakan Javascript (JS) adalah sekadar suka-suka. Nak tau saiz skrin pengunjung, nak halang klik-kanan, nak elakkan orang curi artikel, nak tolong orang buat mouse ada api-api, nak bagi jadi lagi best, (nak belagak ahhaa..) dan macam-macam lagi. Semua kegunaan / logiknya tiada yang memberi manfaat pada business logic (logik niaga). Tapi ramai orang menganggap penting dengan keupayaannya sebab ia seolah-olah "membuai" pengunjung website, seolah-olah mereka ada hubungan yang unik terhadap laman yang dikunjunginya. Mereka mahu website yang hidup yang dapat memberikan mereka merasai.

Interaktif. Itulah dia kepentingan JS.

Tuesday, October 22

Memahami Javaskrip yang tak Segerak (Async, Asinkron)

Berlatarbelakang sebagai seorang pengaturcara PHP (yang tak serius), saya sudah terbiasa arahan koding dilaksana secara baris demi baris. Satu persatu. Pada saya itu agak mudah dan senang untuk menjangkakan hasilnya kerana dalam kehidupan seharian juga begitu. Fokus diberi pada satu-satu arahan / benda / misi agar pelaksana itu mudah menerima dan memahami arahan dan mudah juga untuk dikerjakan kerana hanya ada satu kepala, sepasang mata, dua tangan dan dua kaki, didegup satu jantung.

Berlainan dengan dunia pemprograman web client, arahan tidak dititah atau diturut seperti yang sepatutnya. Ada dua jenis ragam yang harus saya biasakan diri: sync (segerak) dan async (tak segerak). Kebiasaannya jenis yang segerak itu memang saya maklum kerana lakunya persis seperti arahan-arahan PHP yang biasa.


Monday, October 21

Belajar BackboneJS I

Pustaka BackboneJS ini boleh juga diibaratkan seperti makanan yang berat umpama Nasi Arab yang lambat dihadam oleh perut. Jika mahu menikmatinya, harus dicuit sikit demi sedikit, dikunyah sebaik-baiknya supaya tercerna sempurna. Jika tidak alamatnya anda mungkin tercekik, atau menjadi sedu bahkan lebih teruk lagi keracunan makanan. Sama juga halnya dengan BackboneJS. Jika mau menguasainya, Ia perlu dipelajari sikit demi sedikit. Ada tatatertibnya. Jika tidak anda akan jemu (atau muntah balik) jika tidak sabar menguasainya. Ada sifat tertentu untuk kuasainya. Sebagai contoh anda memerlukan ketekunan untuk memahami setiap objeknya yang boleh diupaya kebolehannya (extend).



Wednesday, October 16

Pekerjaan adalah Hobi, Hobi adalah Pekerjaan

Saat kita senang melakukan sesuatu, waktu yang kita habiskan tidaklah terasa sia-sia. 1 jam, 2 jam, 1 minggu, 1 bulan, selama manapun masa yang terpakai tidak akan pernah membuat kita merasa bosan. Semua yang kita lakukan atas asas "kesenangan" adalah sebuah pekerjaan yang menyenangkan. Ketika kita masih kecil, bermain membuat kita selalu leka dan melupakan semua persoalan, kerana kita belum memiliki masalah, semuanya berubah ketika kita menginjak dewasa.


Masalah datang, pergi dan kembali, tetapi kita telah melupakan banyak hal sewaktu kita masih kecil iaitu meraih kesenangan. Melupakan kesenangan, bergelut dengan masalah. Waktu terasa singkat dan tidak pernah cukup untuk menguruskan masalah yang masih membelenggu kita. Hingga pada akhirnya kita akan menarik masalah baru dalam hidup.




Manusia dewasa melupakan semua kesenangan dan mulai mencari pekerjaan untuk menghidupkan kehidupan yang bagi sebagian ahli falsafah disebut sebagai hal yang absurd / tidak jelas. Alih-alih pekerjaan itu mampu membuat kita meraih impian kita ketika masih kecil, pekerjaan yang rutin kita justru mendatangkan banyak beban dan masalah baru yang setiap saat menbayangi kehidupan 'absurd' kita.

Banyak manusia yang sedar bahawa pekerjaan yang mendatangkan masalah adalah bukan impian sejati mereka. Hobi adalah jati diri mereka saat proses dari kanak-kanak menuju dewasa. Menjadikan hobi sebagai pekerjaan adalah hal yang termewah didunia.

Pekerjaan bukanlah sesuatu yang harus menghasilkan wang, tetapi pekerjaan adalah apa yang kita lakukan dan kita meyakininya bahawa itu adalah kesenangan sejati kita. Hobi adalah pekerjaan kita, pekerjaan kita adalah hobi yang kita tekuni. Ketekunan kita terhadap hal yang membuat kita senang mungkin tidak akan menghasilkan wang. Tetapi kita mampu melakukan yang terbaik dengan hobi kita dan menguasai semua hal yang berkaitan dengan hobi kita. Mahir dengan segala hal yang berhubungan dengan hobi kita.


Selama hidup kita akan menghasilkan suatu karya besar, walaupun banyak orang meremehkannya. Karya besar yang membuat hati kita puas dan senang sepanjang masa. Pekerjaan yang kita lakukan akan terbayar sudah selama kita hidup.

Bayangkan jika manusia hanyalah sebuah ingatan atau memori, tanpa bentuk. Maka ingatan terindah adalah membuat pekerjaan yang menyenangkan itu terwujud dan menjadikan nama kita sebagai pemilik pekerjaan yang termasyur menurut kebanyakan orang. Itulah hasil karya dari hobi kita.

Hobi adalah pekerjaan kita, impian abadi dalam ingatan manusia.

diinspirasi dari: http://ribhararn.us/pracutian/pekerjaan-adalah-hobi-hobi-adalah-pekerjaan-265.html

Backbone.Router: Penentu Haluan Aplikasi Anda

Selaku penentu haluan aplikasi anda, ia bertanggungjawab untuk memetakan laluan (path) URL atau parameter dalam URL kepada keadaan aplikasi (application state).  Secara teknikalnya, ia beroperasi dengan mengatur kod-kod aplikasi untuk mengemaskini haluan dan memberi perhatian khusus kepada laluan yang dilalui oleh pengguna melalui objek Backbone.History. Justeru itu, Backbone.Router dimanfaatkan untuk mengawal selia setiap kod javaskrip kita dan mempermudahkan manipulasi Backbone.History dan juga respon, tetapi tidak secara langsung memanipulasi sejarah yang telah wujud pada pelayar.

Saturday, October 12

Backbone.View: Memproses Paparan Front-End



Merupakan representasi ‘kepingan-kepingan’ kecil html  yang terdapat pada sebuah halaman. Inti dari sebuah Backbone.View adalah bagaimana sebuah view dapat mewakili data (backbone.model atau backbone.collection) yang menjadi tanggung jawabnya, serta akibat tindakan-tindakan pengguna pada sebuah view dapat memberi kesan pada data (model atau collection).

Thursday, October 10

Kenali BackboneJS

Tidak seperti kebanyakan bahasa pembangunan web yang lain, JavaScript belum lagi pernah ada sebuah rangka kerja yang benar-benar tulus dan kemas. Kebanyakan dari kita (developer) selalu menghadapi masalah untuk menempatkan javaskrip, baik di bahagian Header maupun Footer dan apabila mula untuk memautkan (bind) antara data dan Document Object Model (DOM), ianya bertambah serabut apabila fungsi aplikasi itu berkembang / bertambah.

Dalam hati ini, kita benar-benar menginginkan laman yang kita hasilkan betul-betul interaktif dan bernyawa. Dan catatan ini diharap dapat dijadikan titik tolak atau pintasan pemahaman untuk mekarnya pengetahuan kita dalam pengaturcaraan




Alhamdulillah, sejak dua menjak ini, keadaan ini mula berubah sedikit demi sedikit. Pelbagai konsep ditampilkan bagi penstrukturan kod dengan lebih teratur dan berkesan. Salah satu konsep yang biasa digunakan adalah model-view-controller dan konsep ini telah diusung kedalam BackboneJS. Cuma ada beberapa kekeliruan pada pustaka Javaskrip ini dimana peranan controller itu telah dimainkan oleh Router dan juga View.


Pustaka kecil Javaskrip ini mula dibina oleh Jeremy Ashkenas sekitar tahun 2010 yang bertujuan menstruktur semula susunan Javaskrip agar aplikasi yang dibangun mudah untuk diselenggara dan dikembang luas fungsinya. Dan secara asasnya, ianya dicipta untuk mengatasi kerumitan dalam membangun sebuah thick web application (aplikasi web dengan business logic yang cukup padat). Di dalam BackboneJS, terdapat 7 komponen dasar, yaitu :
  • Backbone.Events
  • Backbone.Model
  • Backbone.Collection
  • Backbone.Router
  • Backbone.History
  • Backbone.View
  • Backbone.sync

Berikut adalah serba sedikit keterangan mengenainya:

M : Model serta Collection

Model merupakan kelas yang mengawal logik data atau keadaan aplikasi (application state). Seperti kebanyakan rangka-kerja yang lain Backbone.model bertujuan untuk menghubungkan aplikasi dengan pengkalan data (DB) melalui sambungan yang kelihatan abstrak (REST). Dengan adanya Backbone.model  pengurusan data akan lebih terkawal dengan pemanfaatan Collection. Kedua-duanya akan wujud didalam memori komputer Klien semasa aplikasi sedang berlangsung dan ianya akan terhapus dari memori apabila kita tidak lagi berinteraksi dengan aplikasi. BackboneJS juga menanggung hubungan yang persisten antara Server dan Backbone.model dan juga Backbone.Collection Yang menarik tentang backbone.model adalah sekiranya terdapat sebarang perubahan pada isi kandungan model, backboneJS menyediakan sebuah pendengar (listener) yang berperanan untuk bertindak balas terhadap sebarang perubahan.

V : View

Tanggungjawab utama view adalah mengkoordinasi interaksi antara pengguna dan khidmat aplikasi secara langsung. Interaksi keduanya dipermudahkan melalui pelbagai cara, termasuk penggunaan jQuery atau zeptoJS untuk mengelola acara DOM, memanggil data Backbone.model dan Backbone.collection secara langsung melalui `this.model` dan `this.collection`, dan penghasilan 'kepingan' HTML baru yang akan ditampilkan kepada pengguna semasa aplikasi kita bertindak balas terhadap perubahan yang dialami pada keadaan aplikasi (application state).


C: Controller

Tiada Controllers sebenarnya dalam backboneJS

Dikatakan peranan Router dan View boleh disifatkan sebagai Controller, tetapi sebenarnya tidak sama sekali. Tiada pelaksanaan yang benar-benar bersifat Controller secara arkitekturnya. Router bukanlah sebuah Controller. Ianya adalah pengawal masuk ke aplikasi anda. Dan View adalah untuk paparan bukan Controller juga.

Kesimpulan

Dengan saiz failnya yang kecil (4kb), ia berupaya untuk mengelolakan pembangunan aplikasi yang jauh lebih besar. Bagi membuktikan kemampuan pustaka kecil ini, di halaman web rasminya tersenarai berpuluh aplikasi yang berbagai ragam untuk memenuhi berbagai keperluan.

Buat yang sudah biasa dengan jQuery mungkin tiada masalah dalam memahami BackboneJS tetapi persepsi kita mengenai penyusunan Javaskrip itu sendiri akan berubah 180 darjah kerana ia sebenarnya diolah dari bahasa Ruby On Rails. Tiada lagi contoh "hello world" seperti kebiasaanya tapi diganti dengan "To Do Apps"