Sehubungan dengan masalah ini, Aerisjs adalah sebuah pustaka javaskrip yang dapat memastikan aplikasi anda sentiasa berada dalam keadaan 'segar'.
https://github.com/hamweather/aerisjs
Pustaka ini dibina dengan tujuan asalnya untuk menvisualisasikan data-data cuaca seperti hujan, salji, ribut dan jerebu diatas peta dan pada saat ini, ia giat dibangun secara komersial. Jadi ia memerlukan anda untuk berdaftar sekiranya mahu menggunakan khidmat maklumat cuaca tersebut. Cuma pustaka ini masih lagi boleh dimanfaatkan tanpa daftar yakni secara percuma untuk menguruskan peta dan segala propertinya seperti marker, event dan lain-lain lagi. Lihat sini.
http://jsfiddle.net/pwRyt/10/
Antara ciri-ciri Aerisjs yang menarik adalah
Kelancaran penukaran khidmat peta untuk Google Map, Leaflet dan Open Layers
Tambahan objek-objek peta (Info Box, KML, Polygon dan Polylines)
Menghimpun marker menjadi sebuah cluster
Memautkan objek Backbone.Event kepada objek peta
Khidmat geocode dan geolocation
Walau bagaimanapun, pustaka ini masih lagi dalam proses pembangunan dan pengujian kerana masih terdapat lagi kekurangan dari segi khidmat cuacanya.
Sekiranya anda berminat untuk dapatkan bantuan bagi penggunaannya boleh tinggalkan komen di bawah. Selamat koding!