Tuesday, December 4

Upload website anda ke AppFog

Catatan ini boleh dianggap siri kedua bagi topik CDN Google App Engine. Cuma kali ini kita akan mengggunakan AppFog. Ia sangat berguna bagi yang mahu mencari platform yang membenarkan anda untuk membuat pemprosesan data di Server. Antara ciri-ciri yang menarik adalah ia telah memperuntukkan 2GB memori, dan 512MB ruang storan kepada pengguna yang melanggan secara percuma. 

Untuk mengenali dengan lebih dekat PaaS ini, anda boleh menggunakan PHP untuk membuat penyimpanan data, sunting dan hapus rekod di database. Sama seperti anda menggunakan khidmat share hosting yang lain. Bezanya cuma memori yang terhad tetapi dapat menyampaikan website anda dengan lebih cepat berbanding hosting menggunakan share hosting. Berbanding dengan servis seperti Blogger.com, khidmatnya tertumpu hanya pada penulisan blog dan tiada sebarang pemformatan data yang khusus disediakan bagi tujuan pengrekodan.

Berikut adalah langkah-langkah untuk anda mengenali Appfog:

Step 1:
Mula-mula anda mesti sign up appfog dengan cara mengisi borang yang disediakan, ini gambarajahnya:
Step 2:
Seusai pendaftaran, login atau masuk ke dalam website appfog menggunakan username dan password yang didaftarkan.

Step 3:
Sesudah masuk pilihlah New App, pabila masih bingung, di bawah ini saya akan tunjukan caranya:
Step 4:
Disini anda kena pilih aplikasi, infrastuktur, dan sub domain kalian sendiri, di bawah ini caranya: -Guna aplikasi php sebagai langkah permulaan (sebab PHP ini popular) seperti contoh di bawah ini:
-Klik pada insfrastuktur yang berhampiran dengan anda, seperti contoh di bawah ini:
- Masukkan nama subdomain mengikut applikasi yang hendak anda bangunkan, seperti contoh di bawah ini:


Jikalau anda berjaya dengan langkah-langkah tadi, ya anda sudah berjaya create satu aplikasi di appfog, tapi ada beberapa langkah lagi yang anda mesti turuti, iaitu upload webdesign anda (fail-fail php, html, js, png, css, jquery dan lain-lain lagi) ke server appFog yang baru sahaja anda bangunkan tadi.

Anda akan dibawa ke menu utama (https://console.appfog.com/) yang memaparkan status server appfog yang baru sahaja anda bangunkan. Sila klik pada nama server anda tadi dan terus klik update source code dibahagian bar kiri.

Step 1:
Saya menggunakan Windows, akses Windows Start menu (All Programs > Ruby > Start Command Prompt with Ruby), jadi arahan untuk saya adalah :
Saya baru sahaja update Ruby pada komputer Windows saya (proses ini memakan masa beberapa saat yang agak panjang). Langkah seterusnya ialah install appfog pada Ruby (juga mengambil masa sedikit)
Dan saat ini bolehlah kita login melalui konsol ruby
masukkan username yang anda daftar di Appfog beserta kata laluannya (proses ini berlaku secara pantas :p).

Setelah beres login, masukkan hasil karya web design anda dengan cara, pilih direktori website anda ingin masukkan di dalam Command Prompt with Ruby, setelah itu taip seperti contoh di bawah ini:


Ia memakan masa yang agak lama untuk memastikan persekitaran aplikasi anda selamat dan masih mencukupi ruang untuk karya anda

Langkah seterusnya, anda kembali pada https://console.appfog.com/apps/. Disini anda klik pada aplikasi yang anda bangunkan tadi dan ia terus bawa anda ke halaman seterusnya.

Disini anda klik pada 'Domain Names' dan akan nampak satu URL untuk aplikasi anda. Copy dan paste URL tertera di Browser anda untuk melihat aplikasi anda berfungsi.

Selamat mencuba