Thursday, November 21

jQuery: Table Pagination yang ringkas (beserta Callback)

Buat masa ini saya sedang banyak meluangkan masa dengan paparan data menggunakan element TABLE. Secara umumnya saya mempunyai pilihan untuk mengatur langsung muka surat dari server atau diproses langsung di bahagian client. Tetapi pada saya lebih mudah kalau kita manfaatkan pilihan sedia ada; $.ajax. Sampel kali ini hanya akan memaparkan butang sebelum dan selepas sahaja. Tidak seperti kebanyakan pustaka yang ada diluar sana, kebanyakan lebih suka untuk memaparkan butang nombor muka surat.

Sunday, November 17

Langganan RSS penuh

Sering saya dapati kebanyakan blog popular tidak menyediakan RSS dengan kandungan yang sepenuhnya. Dizaman yang membolehkan blog kini dibaca secara offline dengan adanya smart phone atau tablet, adalah penting blogger menyediakan RSS yang penuh untuk dilanggan.



Sebagai blogger anda harus sedar tidak semua pengguna tablet atau smartphone mempunyai sambungan internet yang lancar. Apabila mereka melanggan RSS anda, tentunya mereka mengharapkan untuk membaca keseluruhan  kandungan entri blog anda. Kiranya sambungan internet mereka terputus atau putus-putus, anda boleh bayangkan betapa hampanya mereka untuk mengakses blog peribadi anda di internet.

Pihak yang rugi saat ini adalah anda, blogger. Renungkanlah sejenak.

Monday, November 11

Hanyalah PERMAINAN

Seekor anjing akan menjatuhkan tubuhnya saat Tuannya jatuh, dan melompat bangun saat tuannya kembali bagkit. Dia melakukannya dengan gembira.

Kerana bagi anjing - jatuh dan bangkit lagi, jatuh dan bangkit lagi, jatuh dan bangkit lagi - hanyalah sebuah PERMAINAN.

Tuhan menciptakan segala sesuatu sebagai sumber pelajaran bagi manusia yang memperhatikan.