Berlatarbelakang sebagai seorang pengaturcara PHP (yang tak serius), saya sudah terbiasa arahan koding dilaksana secara baris demi baris. Satu persatu. Pada saya itu agak mudah dan senang untuk menjangkakan hasilnya kerana dalam kehidupan seharian juga begitu. Fokus diberi pada satu-satu arahan / benda / misi agar pelaksana itu mudah menerima dan memahami arahan dan mudah juga untuk dikerjakan kerana hanya ada satu kepala, sepasang mata, dua tangan dan dua kaki, didegup satu jantung.
Berlainan dengan dunia pemprograman web client, arahan tidak dititah atau diturut seperti yang sepatutnya. Ada dua jenis ragam yang harus saya biasakan diri: sync (segerak) dan async (tak segerak). Kebiasaannya jenis yang segerak itu memang saya maklum kerana lakunya persis seperti arahan-arahan PHP yang biasa.